

Mengisahkan seorang kanak2 lelaki berumur 9 thn. Bernama Ishaan Nandikishore avasti. Mempunyai 2 orang adik beradik, abangnya bernama Yohan dan dia adelah anak bongsu, bapanya bernama Mr Avasti yang masih bekerja dan ibunya bernama Mrs Maya yg berkerja sebagai suri Rumah,
Di satu sudut sekolah, Ishaan memerhati ikan-ikan kecil di longkang, lalu menangkapnya dengan penapis air yang berwarna hitam, lalu disimpan ikan itu di dalam bekas air. Kedengaran suara orang memanggil namanya yang sedang khusyuk melihat ikan, lalu Ishaan di bawa menaiki bas untuk pulang kerumah.
Setibanya di rumah, lalu Ishaan terus ke dapur dan menuangkan ikan itu yang berada di atas peti sejuk, dan melihat ikan berenang di dalam bekas bulat yang berisi air. Selepas dari itu, kedengaran bunyi anjing menyalak, terus berlari keluar dan bermain dengan anjing, di samping itu, kawannya yang sedang bermain bola tersepak bola sehingga keluar pagar, lalu, mereka menyuruh Ishaan untuk mengambil bola tersebut, Ishaan berkeras kepala tidak mahu ambil bola tersebut, lalu di pukulnya oleh budak yang bermain bola, dan Ishaan terus lari masuk kerumah. Setibanya dia di rumah, dia mendapati budak yang sedang bermain bola memberitahu kesalahan Ishaan. Ibu bapanya memarahi Ishaan kerana kedegilannya. Kenakalannya sehinggakan pihak sekolah, jiran dan rakan-rakannya memberitahu kenakalan Ishaan.
Pada keesokkan harinya, Ishaan ke sekolah, Di sekolah, cikgunya meminta Ishaan untuk membacakan isi-isi penting, namun Ishaan tidak tahu membaca, lalu cikgunya memarahinya. Dan Ishaan membaca secara mengejek dan terus di halau keluar dari kelas, selepas subjek pertama, tiba pula subjek kedua matematik, kawannya memberitahu tentang kerja sekolah, Ishaan dengan selamba keluar dari sekolah dan berjalan sekitar bandar memerhati apa yang berlaku di sekeliling. Selepas itu dia kembali pulang kerumah dengan menaiki bas.
Di rumah, Ishaan tekun melukis dengan imaginasi dia. Pada waktu tidur, Ishaan mengejut abangnya supaya menulis surat cuti pada pg tadi. walaupun abangnya berkeras, namun tetap menulis surat itu.
Keesokkan harinya, Ishaan memberi surat cuti pada cikgu tersebut yang mengajar matematik, lalu cikgu tersebut mengadakan ujian mengejut. Ishaan yang tidak tahu terpaksa menjawab soalan tersebut, untuk mendapatkan jawapan 3 darab 9, Ishaan berangan dan jawapan adalah 3, itu sahaja yang dapat di jawab.
Keesokkan harinya, bapanya terjumpa satu surat yang mengatakan Ishaan tidak dapat hadi ke sekolah, bapanya pelik siapakah yang menulis surat itu, bapanya bertanya pada Ishaan, lalu Ishaan memberitahu perkara yang sebenar
Keesokkannya ibu bapa ke sekolah untuk mengetahui perkembangan Ishaan di sekolah, cikgunya memberitahu segala-gala tentang Ishaan, bapanya sangat marah apabila mendengar yang anaknya banyak membuat masalh di sekolah, seperti main-main disekolah, tidak buat kerja sekolah, ujian markah kosong dan lain-lain. Bapanya yang kecewa terus mencari sekolah asrama untuk Ishaan, walaupun sudah pertengahan pembelajaran, namun bapanya tetap akan menghantarnya ke sekolah berasrama penuh. Ishaan menangis dan merayu agak tidak di pindah ke sekolah asrama, namun terpaksa juga.
Setibanya di sekolah asrama yang agak jauh dari rumahnya, kawasannya berbukit-bukit dan suhu yang sejuk. Ibunya kesediahan apabila meninggalkan anaknya di sekolah asrama itu, yang selama ini selalu di sampingnya, Ishaan sedih dan mengenang nasib diri ini yang tinggal berjauhan dari keluarga.
Pada waktu pertama, subjek perspective, Ishaan di pindahkan tempat duduk hadapan, selepas itu, cikgunya meminta rakannya rajan membaca dan Ishan sebagai pemberi maksud, lalu rajan membaca, selepas itu, Ishaan memberi maksud walaupun tiada buku, namun Ishaan tetap memberi maksud, akan tetapi cikgunya pelik dengan maksudnya. lalu menyuruh rakan lain untuk membaca. Pada waktu kedua, subjek seni, Cikgunya memberitahu lukis tanpa menggunakan pembaris, Ishaan yang sedang khusyuk melihat permandangan, di pukul oleh cikgunya kerana tidak memberi perhatian. Pada waktu kawad, Ishaan di halau keluar kerana tidk tahu kawad. Sama seperti subjek lain, setiap subjek dia dimarahi oleh cikgunya. dan tertekan.
Pada hari kemudiannya, keluarganya datang melawat dan bawa keluar. Selepas pulang ke asrama, ishaan yang sedang memerhati permandangan, ditegur oleh kawannya cikgu seni yang lama di tukarkan kepada cikgu seni yang baru. lalu mereka kelas seni, pada waktu subjek seni, cikgu baru yang bernama Ram Shankar Nikumbh (Aamir Khan), sgt ceria dan mendapati Ishaan yg termenung dan mengenang nasibnya di tegur oleh cikgu tersebut, namun tiada jawapan, lalu cikgu tersebut memahami, Selepas itu Ishaan mendapat panggilan dari keluarganya, Ishaan tidak cakap satu perkataan langsung, Ibunya tidak dapat datang melawatnya pada hujung minggu, kerana abangnya terlibat dalam pertandinagn tenis peringkat akhir, Ishaan terus meninggalkan tempat tersebut.
Keesokkan harinya, Cikgu Nikumbh terjumpa Ishaan didenda di luar, dan bertanya apa masalah kamu, lalu Ishaan dengan segan memusing mukanya, dan cikgu nikumbh terus meninggalkan tempat tersebut, selepas dari itu, cikgu Nikumbh terjumpa kawannya rajan bertanyakan masalah yang di hadapi oleh Ishaan. Lalu cikgu Nikumbh terus mencari buku yang bernama Ishaan mencari kesalahan tersebut dan mendapati Ishaan Mempunyai masalah dalam membaca, menulis dan memaham. Cikgu Nikumb cuba mencari jalan penyelesaian mengatasi masalah tersebut, Di samping itu, Cikgu Nikumbh menjadi cikgu di sekolah cacat.
Cikgu Nikumbh datang ke rumah Ishaan atau rumah mr Avasti bapa kepada Ishaan. bertanyakan pendapat dan segala masalah yang di hadapi, Cikgu Nikumb mendapati bahawa Ishaan sangat berbakat melukis akan tetapi tidak memahami perkataan, nombor dan cuba untuk mencari jalan penyelesaian kerana Ishaan menghadapi masalah DYSLEXIA yang bermaksud kanak-kanak yang tidak dapat membaca, menulis dan memerlukan perhatian yg lebih terhadap meraka.
Pada hari kemudiannya, Cikgu Nikumbh berjumpa dengan pengetua sekolahnya dan meminta supaya Ishaan menjadi anak didiknya dengan cara praktikal. Setelah mendapat persetujuan daripada pengetua, Cikgu Nikumbh bersungguh-sungguh mengajar Ishaan dengan car praktikal, kerana itu lebih mudah daripada teori. Sedikit demi sedikit Ishaan mempelajari perkataan, nombor, cuba memahami, membaca, mengira, menulis, secara praktikal.
Pada hari kemudiannya, cikgu Nikumbh meminta izin daripada pengetua untuk mengadakan pertandingan melukis di kalangan pelajar dan cikgu. Setelah mendapat keizinan, lalu terus menampal notis tentang pertandingan melukis.
Keesokkanya hari pertandingan melukis, semua pelajar, cikgu dan turut di jemput tetamu khas. Setiap pelajar dan cikgu melukis dengan bakat tersendiri. Pelbagai jenis lukisan yang didapati. Pelbagai ragam melukis, bentuk, jenis lukisan dan sebagainya. Selepas itu Ishaan menghantar lukisannya pada cikgu Nikumbh, Cikgunya terkilan dengan lukisan Ishaan yang sangat menarik perspektifnya berserta kontra lukisannya. lalu Ishaan melihat lukisan cikgu nikumbh yang bercorak muka Ishaan dengan kontra warna yang sangat menarik, lalu Ishaan terkilan melihat lukisan itu, Selepas itu pengetuanya mengumumkan keputusan pertandingan melukis. Cikgu Nikumbh tertewas dalam pertandingan tersebut dan mendapat tempat kedua, walaupun dia adalah cikgu seni, Pengetuanya mengumumkan lukisan pemenang akan di ajadikan kulit buku sekolah tersebut.
dan Ishaan adelah pemenangnya, Ishaan yang selama ini di gelar nakal dan tidak pandai memenagi pertandingan melukis tersebut. Ishaan sedih dan lalu memeluk cikgu nikumb yang memberi tunjuk ajar padanya.
Pada hari kemudiaanya, hari menyambut ibu bapa, atau penghujung semester, Ibu bapanya terkilan terhadap Ishaan yang menunjukkan banyak peningkatan dalam pelajarannya, Bapanya menangis apabila mendapati beliau tidak dapat mengubah nasib Ishaan dan berterima kasih pada cikgu Nikumbh dan tidak dapat membalas budi baiknya yang mengubah nasib Ishaan.Maka dengan itu tamatla sudah cerita ini
Sesungguhnya setaip kanak-kanak itu mempunyai kelebihannya tersendiri,
Setiap manusia perlukan asas-asas pembelajaran dan ibu bapa adalah cikgu yang pertama mengajar mengenai hidup ini.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
(UNTUK LEBIH LANJUT CARILAH CERITA YANG BERTAJUL `TAARE ZAMEEN PAR')
12 comments:
syg, bkn terkilan.. tp terharu.. =)
lebih kurang la..last init punyer writing....
x.. lain3x.. haha em, nk cter ni..
hm..nanti i bg..best cter dia....
okey.. i nk tgok.. i tdo ke x.. =p
Kene tgk ...ni brula...cikgu yg btul...
em.. =)
dia ade mesej yg di sampaikn utk cikgu dan juga parent...sesuai utk tontonan umum kategori U
mcm pnerbit filem lak u ni.. =)
layan industan :) good shrel follow me ya kema ;)
ko pun minat hindi ke qema...
Skrg ni amir khan umur dia 45 thn,....sme umur dgn mak ak....
Post a Comment